Monday, 19 March 2012

Cuti Sekolah Saya

Pada hari Isnin, saya pergi ke Perkhemahan Darjah 5. Apabila saya sampai ke sekolah, saya beratur bersama kelas saya di dewan sekolah. Selepas itu, bas sekolah pun sudah sampai. Saya dan kawan-kawan saya menaiki bas itu dan terus ke Safra Yishun. Di Safra Yishun, saya berjumpa dengan pelatih saya, Ming Yang. Dia baik, tinggi, kacak dan juga kuat orangnya. Selepas itu, kita pun membuat cabaran kanopi berjalan kaki.


Pada hari Selasa, saya membuat beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik sebagai cabaran pendakian tebing, cabaran penurunan cerun, cabaran membuat rakit di kolam renang, cabaran mengimbangi dan juga unggun api. Apabila mahu memulakan unggun api, kami semua mesti dan harus menyanyi lagu unggun api dan setiap kumpulan harus membuat satu persembahan. Malangnya, di tengah-tengah persembahan itu, semua orang berlari ke tempat teduh kerana hujan telah pun turun.


Pada hari Rabu, kita pun bermula berkata selamat tinggal dan terima kasih kepada semua pelatih-pelatih yang ada di situ kerana semua perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka untuk membuat kem Darjah 5 itu lebih menarik dan menyeronokkan. Saya sedih meninggalkan Safra Yishun. Saya harap untuk ke sana lagi.